img { max-width: 500%; height: auto; }

JEMPUTAN KE PROGRAM MERAKYATKAN SENI

Seramai 11 orang Ahli OKU POKUSK menerima jemputan untuk hadir ke Program Merakyatkan Seni anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah, Kuala Kangsar, Perak.   Jom Masak BuBur Lambuk 2024 dan Penyampaian Duit Raya Kotak Makanan dan  Duit Raya untuk Golongan Asnaf OKU. 

Majlis ini dirasmikan oleh Puan Suzana (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Perak.  Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azmi bin Ngah Idris (Mantan N/P 2) yang menguruskan hal ini.




SUMBANGAN ‘VEGETARIAN FOODS’ DARIPADA NGO SUNGAI SIPUT KALI KE-36

Pada 22hb. Mac, 2024 sebanyak 68 bungkus makanan ‘vegetarian’ Ke-36 diagihkan kepada ahli OKU daripada NGO Sungai Siput.





SUMBANGAN ‘VEGETARIAN FOODS’ DARIPADA NGO SUNGAI SIPUT KALI KE-35

Pada 13hb. Mac, 2024 sebanyak 80 bungkus makanan ‘vegetarian’ Ke-35 diagihkan kepada ahli OKU daripada NGO Sungai Siput.








SUMBANGAN ‘VEGETARIAN FOODS’ DARIPADA NGO SUNGAI SIPUT KALI KE-34

Pada 11hb. Mac, 2024 sebanyak 60 bungkus makanan ‘vegetarian’ Ke-34 diagihkan kepada ahli OKU daripada NGO Sungai Siput.







SUMBANGAN ‘VEGETARIAN FOODS’ DARIPADA NGO SUNGAI SIPUT KALI KE-33

Pada 09hb. Mac, 2024 sebanyak 60 bungkus makanan ‘vegetarian’ Ke-33 diagihkan kepada ahli OKU daripada NGO Sungai Siput.






SUMBANGAN BERAS 5KG DARIPADA PENYUMBANG (INDIVIDU)

Pada 08 Mac, 2024, POKUSK telah menerima sumbangan beras 5kg daripada seorang individu (Kedai Runcit Kg. Lintang) untuk diagihkan kepada 30 orang golongan OKU (Muslim).   Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.








PERLANTIKAN BAHARU AJK BAGI PENGGAL 2024-2026

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Tahun 2024.



MESYUARAT AGUNG KALI KE-21 (PEMILIHAN JAWATANKUASA)

Pada 03hb. Mac, 2024 Persatuan POKUSK telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-21 (Pemilihan Jawatankuasa) bagi penggal Tahun 2024-2026.   Seramai 76 orang ahli hadir ke Mesyuarat AGM yang berlokasi di Dewan Persatuan Penduduk Kampung Sungai Buluh, Sungai Siput (U), Perak. 

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik atas sebulat suara ahli-ahli yang hadir.  Semoga ke semua AJK penggal 2024-2026 dapat memberi pelbagai inspirasi dan idea-idea untuk membangun dan memajukan persatuan POKUSK.








SUMBANGAN ‘VEGETARIAN FOODS’ DARIPADA NGO SUNGAI SIPUT KALI KE-32

Pada 28hb. Februari, 2024 sebanyak 66 bungkus makanan ‘vegetarian’ Ke-32  diagihkan kepada ahli OKU daripada NGO Sungai Siput.






NAZIRAN PEMANTAUAN DARI JKM KUALA KANGSAR

Pada 27hb. Februari, 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar, Perak telah hadir ke Pejabat POKUSK untuk Naziran Pemantauan PSK.  Persatuan POKUSK mengucapkan terima kasih atas kehadiran Pegawai JKM iaitu Puan Nurfatma dan Encik Mohd. Amzar untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan dokumentasi Permohonan Geran BKK bagi tahun 2024.