img { max-width: 500%; height: auto; }

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-14


Alhamdulilah, kini tibalah masanya Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak mengadakan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-14 yang telah berlangsung pada, tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh                    :          02hb. April, 2017 (Ahad)
Masa                     :          2:00 petang – 6:00 petang
Tempat                 :          Dewan Orang Ramai, Penduduk Sungai Buloh,
                                   Sg. Siput, Perak


CARTA KEAHLIAN SEPANJANG TAHUN 2003-2017


Majlis bermula dengan bacaan doa dari En. Mohd. Zahidin bin Raof dan seterusnya menyanyikan lagu ‘NEGARAKU’.

Persatuan POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Inspektor Wan Zaki, Ketua Polis Balai Sungai Siput (U), Perak yang telah merasmikan Minit Mesyuarat AGM Kali Ke-14.   Beliau memaklumkan bahawa beliau baru ditugaskan selama lima (5) bulan dikawasan Sg. Siput.  Beliau menyentuh mengenai kes pecah masuk yang telah berlaku pada 02hb. Julai, 2016.   Rondaan biasanya dilakukan pada 1 pagi ke atas kerana pada waktu itulah sang pencuri aktif.   Status kes telah dikendalikan dibahagian jenayah dan beliau meminta mana-mana AJK boleh merujuk status kes tersebut. Akhir kata beliau mengucapkan terima kasih kepada POKUSK dan selamat maju jaya.

Seramai 67 orang ahli-ahli POKUSK yang hadir pada mesyuarat kali ini.  Presiden mengucapkan ribuan 
terima kasih atas sokongan dari ahli-ahli semua.





































































https://pokusk03.blogspot.my/