img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI SUKANEKA DAN HARI KELUARGA 2017

Pada 27hb. Ogos, 2017, Persatuan POKUSK telah mengadakan Aktiviti Sukaneka dan Hari Keluarga Sempena Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-60 berlokasi di Gelanggang Bola Keranjang, Sg. Buloh, Sg. Siput, Perak yang dihadiri hampir 200 orang ahli-ahli POKUSK dan juga keluarga.

Aktiviti tersebut telah dirasmikan oleh YB DATO’ HJ MOHD. DZULKIFLY BIN HJ. HARUN (ADUN LINTANG) bersama dengan Dif-Dif Kehormat iaitu En. Chew Boon Hoi dari Syarikat SSF, Sungai Siput dan En. Zambri bin Ahmad dari Kuala Kangsar, Perak.

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

1.    KANAK-KANAK BAWAH 7 TAHUN
        ~ Bawa bola menggunakan sudu
        ~ Tiup belon sampai pecah

2.    KANAK-KANAK 8 – 12 TAHUN
        ~ Bawa bola menggunakan sudu
        ~ Tiup belon sampai pecah
~ Isi air dalam botol

3.    ACARA UNTUK OKU
~ Lumba (Kerusi Roda/Tongkat/Kaki Palsu/Kaki Normal Lelaki/Kaki Normal Wanita
        ~ Kutip guli menggunakan chopstick
        ~ Baling bola keranjang

4.    ACARA UNTUK AHLI KELUARGA DEWASA (TERBUKA)
        ~ Kutip guli menggunakan chopstick
        ~ Baling bola keranjang
        ~ Bawa bola menggunakan sudu
        ~ Bola muzik

Persatuan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sumbangan yang diberikan oleh Premis-permis perniagaan di area Sungai Siput dan Kuala Kangsar.   Sumbangan dari pihak anda sangat bermakna untuk kami golongan OKU dan sumbangan itu juga menceriakan dan memberi semangat untuk ahli-ahli bersukan berserta dengan ahli keluarga.

Akhir kata, Persatuan POKUSK mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang…   Semoga pada masa akan datang, POKUSK akan menambahbaik acara-acara lain untuk dipertandingkan kepada ahli-ahli POKUSK dan keluarga.  POKUSK juga mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-60….

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!