img { max-width: 500%; height: auto; }

LAWATAN EN. YOGENDIREN BALAN (MAYTHILAN ENTERPRISE) KE PEJABAT POKUSK

Pada 27hb. Januari, 2018, Persatuan POKUSK menerima kunjungan dari En. YOGENDIREN BALAN iaitu seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah syarikat Maythilan Enterprise di Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh En. Kannan A/L Krishnan.  Beliau ialah seorang anak kelahiran Sungai Siput dan telah berjaya dalam perniagaan beliau sekeluarga.

Tujuan lawatan ke Pejabat POKUSK adalah untuk melihat sendiri keadaan pejabat serta AJK POKUSK (OKU) di kawasan Sungai Siput dan seterusnya memulakan perbincangan bersama.

Turut hadir setiausaha beliau iaitu En. Shah dan pembantu En. Ganeson.   Atas lawatan tersebut En. Yogendiren Balan telah memberikan sedikit sumbangan untuk Tabung Dana POKUSK.

Semua Ahli-ahli Jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh beliau.