img { max-width: 500%; height: auto; }

JEMPUTAN KE RUMAH KEDIAMAN B.H. CHEW (USAHAWAN SYARIKAT SSF)

Pada 18hb. Mac, 2018, Pengurus Syarikat SSF seorang Usahawan iaitu Yang Berbahagia En. B.H Chew  menjemput 10 orang wakil dari Persatuan POKUSK untuk meraikan sambutan Chinese New Year dan Sambutan Hari Jadi beliau yang ke-73 di kediaman beliau dan meminta nama-nama ahli untuk menerima Angpau dari beliau, Isteri dan keluarga.

Presiden POKUSK En. Tang Ah Lik mendapatkan 43 orang nama-nama OKU yang terdiri dari 14 orang (Kaum Melayu), 14 orang (Kaum Cina) dan 13 orang (Kaum India) terutama yang tinggal di Kawasan Sungai Siput (U), Perak.  

Semua warga OKU yang terpilih menerima pemberian Angpau dari beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan berdoa semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki beliau dan keluarga.