img { max-width: 500%; height: auto; }

MESYUARAT AGUNG KE-15 (PEMILIHAN JAWATANKUASA) PENGGAL 2018-2020

Pada 25hb. Mac, 2018, Persatuan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali-15 (Pemilihan Jawatankuasa) untuk penggal 2018-2020.    Seramai 67 orang ahli hadir dan bersama-sama menjalankan tanggungjawab undian untuk sesi pada kali ini.  

Bacaan doa dari En. Mohamad Zahidin dan seterusnya nyanyian Lagu “NEGARAKU” berkumandang di Dewan Persatuan Penduduk Kampung Sungai Buluh, Sungai Siput (U), Perak.

Mesyuarat dirasmikan oleh YB DATO’ HJ MOHD. DZULKIFLY BIN HJ. HARUN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK dan memberi beberapa ucapan dan peransang untuk ahli-ahli POKUSK agar terus maju ke hadapan.

Sarapan pagi disediakan oleh Catering Johari.  Turut hadir EN. YOGENDIREN BALAN & ISTERI  seorang usahawan (MAYTHILAN ENTERPRISE) meraikan mesyuarat agung dan memberikan sumbangan untuk Persatuan POKUSK.   POKUSK amat berterima kasih atas keperihatinan beliau kepada golongan OKU.

POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih atas pemilihan Jawatankuasa dikekalkan dan hanya Jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan 2 orang AJK dipertandingkan untuk memegang jawatan tersebut.

Mesyuarat tamat pada 12:12 tengahari.