Pada 14hb. Jun 2014,
Persatuan POKUSK telah mengadakan Aktiviti Lawatan sambil belajar kepada Ahli-Ahli
Persatuan. Antara tempat-tempat yang
akan dilawati adalah Zoo Taiping, Hutan Paya Bakau dan Kilang Pemerosesan Kayu
Arang di Bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Taiping. Persatuan telah menyediakan sebuah BAS BERHAWA
DINGIN untuk ahli-ahli yang mengikuti program aktiviti ini.
Persatuan
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan iaitu En. Tan Kow Kia, En. Tan Chin Sai,
En. Ten Hoi Sang dan Puan Jamilah binti Othman.
Tujuan
aktiviti diadakan supaya Golongan Orang Kurang Upaya (O.K.U) ini dapat memahami serta melihat keadaan alam semulajadi dan hidupan liar disekeliling dan dapat meluaskan minda yang begitu banyak
manfaatnya kepada ahli-ahli persatuan.
Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih (sponsor makan tengahari) yang diuruskan oleh Y.M Raja Zulkarnain yang telah bersusah payah menguruskan perkara ini.
LOKASI LAWATAN KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
LOKASI LAWATAN KE HUTAN PAYA BAKAU MATANG
KILANG PEMEROSESAN KAYU ARANG