img { max-width: 500%; height: auto; }

PENGASAS PERTUBUHAN



PENGENALAN

Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar atau lebih dikenali dengan nama P.O.K.U.S.K telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan telah diluluskan oleh pendaftaran Pertubuhan pada Tahun 2003 (Pendaftaran Bernombor 1328 / PPM-011-08-0903203).  Idea yang diberikan oleh Allahyarham En. Harun Mat Yassin selaku Ketua Kampung Lintang pada ketika itu, telah menaikkan semangat pada kedua orang OKU iaitu En. Tang Ah Lik dan En. Aris Shah bin Harun untuk menubuhkan persatuan ini yang telah diiktraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai PERSATUAN ORANG KURANG UPAYA SUNGAI SIPUT (U) DAN KUALA KANGSAR, PERAK yang beralamat di NO. 28, JKR, JALAN SUNGAI BULOH, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK sehingga ke hari ini Tahun 2024.


MATLAMAT

Matlamat asal persatuan ini adalah ingin membentuk kembali kegemilangan Orang Kurang Upaya supaya mereka ini dapat mendekati alaf baru globalisasi dunia yang semakin berkembang agar mereka dapat mengharungi arus pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan 1 Malaysia.  Persatuan juga mahukan masyarakat seperti OKU mempunyai taraf hidup yang tinggi disamping masyarakat normal disekeliling dan menginginkan kehidupan sepertimana golongan normal yang mempunyai naluri untuk terus maju kehadapan.

Seperti yang diucapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Gagasan 1Malaysia'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan “bila saya menggagaskan falasafah tersebut, ianya berpaksi beberapa prinsip asas, antaranya ialah untuk kita mewujudkan keadilan sosial, ianya tidak bererti ambilkira semua hubungan etnik tetapi mengambil pertimbangan dari segi gender dan golongan OKU yang sangat memerlukan bukan untuk menagih simpati daripada kita tetapi mereka ingin diberi peluang supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan rasa maruah dan nilai diri yang tinggi.”


Persatuan juga ingin memupuk kesedaran masyarakat bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkemampuan untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan ataupun pekerjaan sendiri dan secara tidak langsung boleh meningkatkan ekonomi Negara Malaysia


KEAHLIAN


Setakat tahun Mac 2024, jumlah keahlian yang berdaftar untuk Persatuan POKUSK adalah seramai 249 orang dan yang masih aktif adalah seramai 181 orang.  Secara purata keahlian ini adalah terdiri daripada 61% Melayu, 14% cina dan 25% India.  Sila lihat Carta Pai.






KERJASAMA

~ Semua golongan OKU
~ VIP – Badan-Badan Kerajaan
~ Jabatan Kebajikan Masyarakat
~ Swasta/Koprat


OBJEKTIF

- Memupuk semangat OKU agar berani menghadapi cabaran.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa golongan OKU mampu melakukan apa yang
  dilakukan oleh orang yang normal.
- Mengeratkan silaturahim yang tidak mengira bangsa dan agama dalam persatuan
-  Menwujudkan komuniti/masyarakat yang penyayang.
-  Menggalakkan orang ramai dan individu membantu mereka yang kurang bernasib baik.
- Mengembang & memupuk rasa cinta pada agama, kebudayaan, pendidikan rekreasi, kesihatan & moral.
- Memperkembangkan kesedaran umum yang lebih tentang keperluan-keperluan OKU.
-  Memberi peransang kepada OKU supaya sentiasa bersikap POSITIF dan ceria.
-  Membangkitkan semangat perpaduan antara ahli-ahli yang berada dalam persatuan ini.


 https://pokusk03.blogspot.my/