Sempena
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31hb. Ogos, 2014 dan Sambutan Hari Malaysia
2014, Persatuan POKUSK telah mengadakan Aktiviti Majlis Merdekaraya &
Sambutan Hari Malaysia yang telah berlangsung pada 16hb. September, 2014
(Selasa) di Dewan Orang Ramai Sg. Buloh,
Sg. Siput (U), Perak. Majlis bermula
pada jam 11:00 pagi sehingga 2:00 petang.
Persatuan
mengucapkan jutaan ribuan terima kasih atas kesudian YB Datuk Hj. Ahamad bin
Pakeh Adam bersama 2 orang Pengiring Kontraktor yang telah menyerikan lagi majlis
aktiviti ini. Suasana bertambah ceria dengan
bergemanya Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Hari Kemerdekaan dan diikuti Lagu Di
Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Seramai
92 orang yang hadir dalam majlis tersebut dimana 60 orang adalah terdiri dari ahli-ahli
persatuan POKUSK dan selebihnya adalah keluarga ahli POKUSK. Majlis bertambah meriah
dengan lagu-lagu karaoke yang dinyanyikan oleh ahli-ahli POKUSK iaitu En. Sabri
b. Haji Termizi, En. Ismail bin Abdul Aziz, Puan Mastura bin Ramli, En. Nordi
bin Zabidi, En. Ramli bin Maarop dan Volunteer Pn. Jamilah binti Othman.