img { max-width: 500%; height: auto; }

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI-12

Pada tahun 2015, Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) menjemput semua ahli-ahli POKUSK untuk hadir ke Minit Mesyuarat Agung Kali-12 yang diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-




Majlis Perasmian Minit Mesyuarat Agung Ke-12 telah disempurnakan oleh En. Yunus (Wakil dari YB DATO’ DZULKIFLI BIN HAJI HARUN – ADUN LINTANG).  Persatuan amat berterima kasih atas kehadiran beliau di Mesyuarat tersebut.

Dalam ucapan beliau, menyatakan ada beberapa bantuan yang disediakan oleh kerajaan, misalnya 1 AZAM menyediakan peruntukan untuk memulakan perniagaan berjumlah RM8,000.00 tetapi peruntukan tersebut adalah berbentuk barangan atau peralatan.   Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh berhubung dengan Pejabat ADUN LINTANG.  Beliau juga memaklumkan bahawa sesiapa yang memerlukan kerusi roda untuk memohon dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat ADUN LINTANG sedia membantu kepada Warga OKU dengan mendapatkan surat sokongan dari YB Dato’.

Seramai 67 orang ahli hadir pada Minit Mesyuarat pada kali ini. Persatuan juga amat berterima kasih atas semua kehadiran ahli-ahli.


 













https://pokusk03.blogspot.my/