img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI KONVOI JALUR GEMILANG KE-58


Seperti kebiasaannya setiap tahun POKUSK menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengadakan acara aktiviti KONVOI JALUR GEMILANG.  Anggaran seramai 150 orang  yang mengikuti perarakan Konvoi ini dimana 67 orang adalah terdiri dari ahli-ahli POKUSK, selebihnya adalah Keluarga ahli POKUSK, Anggota Polis Trafik Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, 4 orang Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Sungai Siput (U) dan 7 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sungai Siput (U), Perak yang diketuai oleh Leftenan A Balasubramaniam. 




Perancangan dan penelitian telah dibuat dimana En. Azmi bin Ngah Idris ditugaskan untuk berjumpa dengan YANG BERHORMAT, HJ. ZAINON B. MOHD. NOOR, ADUN CENDEROH, KUALA KANGSAR, PERAK.  Pada 12hb. Ogos, 2015 En. Azmi b. Ngah Idris dan Setiausaha POKUSK En. Ramli bin Awang telah menghadiri mesyuarat di Pejabat YB Hj. Zainon di Pejabat Adun Kati.  Semua AJK diberikan tugas masing-masing untuk menguruskan aktiviti ini agar dilaksanakan dengan jaya.






En. Ramli b. Awang dan En. Jayaraman A/L Vedynaikan juga berusaha sedaya upaya untuk bertemu dengan YB Dato’ Zulkafly bin Hj Harun untuk menetapkan konvoi pada kali ini berarak bermula dari Perkarangan Pejabat Bangunan UMNO Sungai Siput (U), Perak.


Kemerdekaan pada tahun ini sungguh bermakna dimana tema tahun Hari Kemerdekaan Tahun 2015 adalah “Sehati Jiwa”.  Amat bermakna untuk Warga OKU dengan masyarakat dimana semaian kasih sayang semakin utuh untuk menyayangi Negara Malaysia yang tercinta.



Alhamdulilah pada 15hb. Ogos, 2015 (Sabtu) aktiviti KONVOI JALUR GEMILANG YANG KE-58 telah dilaksanakan dengan jayanya.   Aktiviti konvoi ini telah disempurnakan dan telah dirasmikan untuk pelepasan peserta-peserta oleh YB Dato’ Zulkafly bin Haji Harun di perkarangan Pejabat Bangunan UMNO Sungai Siput (U), Perak.

Konvoi berhenti seketika di kawasan Dewan Jubli Perak dengan disambut oleh Wakil ADUN BUKIT CHANDAN dan DUN PARLIMEN KUALA KANGSAR iaitu Encik Zafuan.   Konvoi seterusnya diiringi oleh Kereta dari Jabatan Penerangan Kuala Kangsar, Perak dengan mendendangkan lagu-lagu patriotik disepanjang perjalanan konvoi.

Persatuan POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT, HJ. ZAINON B. MOHD. NOOR yang telah memberikan suntikan semangat dimana mengelar OKU bukannya Orang Kurang Upaya tetapi sebenarnya adalah Orang Kuat Upaya kerana mempunyai semangat kemerdekaan dan sampai dengan selamat di destinasi terakhir di PEKAN KATI.

Persatuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta konvoi yang mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi untuk sama-sama berkonvoi pada hari tersebut demi Negara yang tercinta.







































https://pokusk03.blogspot.my/