img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2016



Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31hb. Ogos, 2016, Persatuan POKUSK mengadakan Aktiviti Sambutan Ambang Merdeka pada malam 30hb. Ogos, 2016 di perkarangan pusat POKUSK yang beralamat di No. 28, JKR, Kampung Sg. Buloh, 31100 Sungai Siput (U), Perak.

Seramai 155 orang ahli dan ahli keluarga POKUSK hadir pada malam ambang merdeka bermula dari jam 8:30 malam hingga detik 12:00 tghmalam.

Kemesraan dan jalinan silaturahim tersemai antara satu sama lain kerana terdapat pelbagai kaum Melayu, Cina dan India.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Zahidin bin Abd. Raof.   Majlis ceria dengan kehadiran anak kepada ahli AJK En. Jayaraman A/L Rajamanickan yang membaca Puisi dalam 4 bahasa (Melayu, English, India dan Cina) dan Nanyian Hari Kemerdekaan.

Laungan bergema ‘MERDEKA..MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA menyentuh segenap lapisan masyarakat pada detik 12 tghmalam yang sayangkan BUMI MALAYSIA…TANAH TUMPAH DARAHKU….

Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli POKUSK menjayakan malam ambang merdeka pada kali ini.

Persatuan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016.


 























https://pokusk03.blogspot.my/