img { max-width: 500%; height: auto; }

HARI KELUARGA DAN SUKANEKA 2016

Seperti kebiasaannya, setiap tahun POKUSK mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka.  Pada kali ini, Hari Keluarga dan Sukaneka POKUSK diadakan pada 25hb. Disember, 2016 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Sungai Buloh, Sungai Siput (U), Perak.  Pendaftaran bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 9:30 pagi.

Kehadiran yang dicatatkan adalah dalam anggaran 175 orang termasuk ahli keluarga ahli-ahli POKUSK.
Antara acara-acara sukan yang diadakan adalah seperti berikut:-

ACARA KANAK-KANAK
~ Tiup Belon Hingga Pecah
~ Bawa Bola Guna Sudu
~ Isi Air Dalam Botol  

ACARA UNTUK AHLI OKU
~ Lumba Menggunakan Kerusi Roda/Tongkat/Kaki Palsu/Kaki Normal
~ Kutip Guli Guna Chopstick
~ Baling Bola Keranjang

ACARA UNTUK AHLI KELUARGA DEWASA (WANITA)
~ Kutip Guli Guna Chopstick
~ Muzik Keliling Kerusi
~ Bawa Bola Guna Sudu
~ Baling Bola Keranjang



 
 
 






















































 

Persatuan mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli dan ahli keluarga yang menang dalam setiap acara sukan.   Persatuan juga mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Nurul Catering  menyediakan lima (5) buah hamper dan En. Sahipul Apandi & Family (3) buah hamper untuk cabutan bertuah.

Akhir kata, Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua AJK yang terlibat menjayakan aktiviti ini.  Semoga nilai-nilai murni dan ikatan silaturahim semua kaum agar terus berkekalan dan sentiasa MAJU KE HADAPAN.


POKUSK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krimas kepada ahli-ahli yang menganut agama kristian.






https://pokusk03.blogspot.my/