img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PEJABAT POKUSK

Pada 24hb. Disember, 2017, Persatuan POKUSK telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama-sama dengan 40 orang ahli-ahli POKUSK dan enam (6) orang sukarelawan.  Turut hadir membantu adalah lima (5) orang anggota Polis PDRM Sungai Siput dan tiga (3) orang anggota pasukan BOMBA Sg. Siput.

Persatuan berasa amat berbangga dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli yang telah memberikan kerjasama membersihkan kawasan persekitaran pejabat POKUSK.

Persatuan mengucapkan syabas kepada En. Kannan A/L Krishnan yang telah sedaya-upaya mendapatkan sponsor tiga (3) tong cat dari En. Mani Maran A/L Krishnan, Setiausaha MIC Bahagian Sg. Siput dan telah disampaikan oleh En. Illangovan A/L Muthu, Ketua Bahagian MIC, Bahagian Sungai Siput kepada persatuan ini.

Terima kasih juga kepada En. Illangovan A/L Muthu, Ketua Bahagian MIC, Bahagian Sungai Siput yang turut hadir ke aktiviti gotong-royong pada hari tersebut.

Terima kasih kepada anggota PDRM dan anggota BOMBA yang bertungkus-lumus membersihkan system perparitan di kawasan pejabat POKUSK.

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT.