img { max-width: 500%; height: auto; }

SUMBANGAN BARANGAN DARI NGO ISLAMIC RELIEF MALAYSIA UNTUK AHLI BERBANGSA CINA

Dalam satu perbincangan antara En. Ibrahim bin Mohamed (AJK POKUSK) dengan pihak NGO (ISLAMIC RELIEF MALAYSIA) En. Azlan Shah bin Lazim selaku Senior Office, Relief & Programmes Division dan En. Lokman yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor manakala Headquarters di United Kingdom telah bebesar hati untuk menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada ahli-ahli kaum cina yang akan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina  pada 16hb. Februari, 2018 di mana bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli-ahli kaum cina untuk perayaan Tahun Baru Cina ini.

En. Aris bin Harun telah menyenaraikan nama-nama ahli (Sungai Siput & Kuala Kangsar) yang berbangsa cina untuk diserahkan kepada pengelola program tersebut. Maka pada 10hb. Februari, 2018 persatuan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan dari Islamic Relief Malaysia (NGO) untuk diberikan ahli-ahli yang hadir.  Ahli Jawatankuasa turut hadir memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Pejabat POKUSK, Sungai Siput (U), Perak.

Antara nama-nama ahli yang hadir adalah seperti berikut:-

1.        Chan Kam Weng
2.        Cheah Kok Wah
3.        Chew Kien Moon
4.        Chong Chee Meng
5.        Kee Chau Hoo
6.        Lan Yon Seong
7.        Lee Sai Pharn
8.        Leong Ah Mok
9.        Leong Tah Poo
10.      Liew Heng Tuck
11.      Phoon Ah Kow
12.      Poa Chee Wai
13.      Puan Teoh Kim Kee
14.      Tang Ah Lik
15.      Yeow Keong Hwa
16.      Yong Fatt Cheong
17.      Choa Tiong Cho
18.      Khor Tak Chor
19.      Chee Kang Min

Seluruh Ahli Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak Pengurusan Islamic Relief Malaysia kerana menghadiahkan sebuah buku mengenai Penubuhan IRM (Islamic Relief Malaysia).