Seramai 3 orang wakil Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak (POKUSK) telah menghadiri Majlis Taklimat Pertubuhan & Pemberian Sumbangan yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak (MPMNP) di MH Hotel, Ipoh pada 12 Disember 2025.
Majlis
ini bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara pertubuhan serta
menyampaikan Sumbangan Bantuan Kewangan bagi menyokong pelaksanaan
program dan aktiviti kebajikan masyarakat.
Pihak
POKUSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis
Pembangunan Masyarakat Negeri Perak atas sumbangan dan kepercayaan yang
diberikan. Semoga bantuan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam
memperkasakan kebajikan komuniti Orang Kurang Upaya.



















