img { max-width: 500%; height: auto; }

KONVOI JALUR GEMILANG 09-OGOS-2009 (PART 1)

Pada 09hb. Ogos, 2009, aktiviti konvoi Jalur Gemilang telah bermula. Anggaran 120 orang peserta yang mengikuti aktiviti ini termasuk ahli-ahli serta keluarga persatuan pokusk dan kumpulan rakan muda dari Belia dan Sukan.

Aturcara majlis telah dibuat seperti berikut:-

8.00 pagi – 9.00 pagi
-Sesi Pendaftaran bagi ahli-ahli Persatuan.

-Pengagihan Bendera dan mengarah ahli-ahli mengikat bendera di setiap kenderaan bermotor/kereta.

-Menanti kehadiran Dif-Dif Terhormat. Antaranya yang hadir ialah :

Sub-Inspektor Muzaimil dari Jabatan Polis Traffik Sg. Siput Utara, Perak, Wakil Adun Lintang Cikgu Jaafar, En. Muhamad Nasir b. Suratman selaku Timbalan Pengarah I, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Puan Norasihikin bt. Abd. Hamid dan En. Pusparaja Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Kangsar , Encik Nor Ismail Bin Mohd Zain pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sg. Siput Utara serta Wakil Pegawai dari Jabatan Penerangan Sg. Siput Utara.



Wartawan Sinar, Cik Nurul Zalia bt. Mohd Tahir 
 



Jurukamera


Jabatan Pertahanan Awam turut membantu untuk aktiviti konvoi ini.



9.00 pagi – 10.00 pagi

Semua hadirin/hadiran serta ahli persatuan masuk ke dewan untuk perasmian konvoi jalur gemilang.


Ucapan kata alu-aluan dari En. Azmi Ngah Idris (Naib Presiden II)



Bacaan doa dari Tn. Hj. Abdul Halim (AJK)

Majlis menjemput En. V. Jayaraman untuk memberi sepatah dua kata.


Menjemput Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perak iaitu En. Mohd. Nasir. Beliau amat kagum dan mengucapkan syabas kepada para OKU yang hadir kerana mempunyai semangat yang jitu dan memberi seribu erti mengenai nilai kemerdekaan. Beliau berharap digenerasi yang akan datang dapat memahami erti kemerdekaan di bumi Malaysia.
  




 

Menjemput Sub-Inspektor Muzaimil dari Jabatan Polis Trafik Sg. Siput. Beliau telah berkhidmat di kawasan
Sungai Siput selama 2 tahun. Antara ucapan SI ialah : memberi makluman mengenai tips-tips keselamatan di jalanraya untuk laluan bermotor dan kereta semasa konvoi, memaklumkan statistik kemalangan dimana pada tahun 2009 sahaja, 12 penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalanraya. SI juga mengadakan ceramah di setiap sekolah-sekolah dan mengadakan OPS DIDIK. Statistik mendapati 55% penunggang motosikal yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah tidak mempunyai lesen memandu motosikal. Perkara ini sangat membimbangkan dan berharap setiap ibubapa harus mengambil berat mengenai hal ini.

Ucapan Wakil ADUN LINTANG, Cikgu Jaafar telah merasmikan pembukaan konvoi jalur gemilang 2009. Semua yang berada di dewan menyanyikan lagu Negaraku diikut dengan lagu jalur gemilang dan akhir sekali melaungkan MERDEKA sebanyak 7 kali.