Alhamdulilah, Konvoi Jalur Gemilang pada tahun 2009 telah dapat dilaksanakan seperti yang telah diatur sejak mula lagi oleh POKUSK.
Anda boleh saksikan pengibatan para ahli POKUSK dan pihak yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Dengan adanya program ini, semua pihak yang terlibat dapat merasai semangat kerjasama dengan golongan OKU yang tidak mengira pangkat dan darjat seseorang. Masyarakat perlu sedar bahawa pendedahan ini akan membuka mata seluruh dunia bahawa golongan seperti ini bukannya lemah tetapi mereka mampu berdikari. Dengan adanya nilai-nilai murni dan semangat dedikasi akan tersemat disanubari sampai bila-bila.
Syabas kepada semua yang terlibat.




