img { max-width: 500%; height: auto; }

DAIRY POKUSK (KONVOI 2009)



POKUSK telah berbincang dengan ahli jawatankuasa.  Antara usul yang diperbincangkan adalah seperti berikut:-

i)              Lokasi yang menjadi pilihan adalah di Jabatan Perhutanan Sungai Siput.
ii)             Peruntukan duit POKUSK adalah sebanyak RM3,000.00
iii)           Sumbangan YB Dato’ Pakeh bin Adam (Minum pagi/Makan Tengahari)
iv)           Perjalanan yang dirancangan ialah Sungai Siput – Kuala Kangsar
v)            Peruntukan duit petrol kepada setiap ahli bermotor adalah RM15.00
vi)           Penaja air mineral En. Musa, Ismail dan Pengusaha Kedaikom Kg. Lintang
vii)         Cabutan bertuah dianggarkan RM300.00

Setiausaha iaitu En. Mohamed Zulkapli mengedarkan surat-surat jemputan kepada pihak yang terlibat. Antaranya:-

.: Pengarah Kebajikan Negeri Perak
.: Pegawai Kebajikan Kuala Kangsar dan Sungai Siput
.: YB Dato’ Ahamed Pakeh bin Adam (PENAUNG)
.: Tuan Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput
.: Ketua Polis Daerah Sungai Siput
.: Pegawai Pertahanan Awam
.: Pegawai Belia dan Sukan Sg. Siput
.: Ketua Pemuda bahagian Sg. Siput
.: Media Masa

Slideshow Mesyuarat POKUSK



Pengerusi telah mengadakan mesyuarat dan telah menjemput Pegawai dari Jabatan Kebajikan, Pegawai Kementerian Belia & Sukan dan Inspektor Polis/Traffik untuk membincangkan aturcara dan perjalanan konvoi tersebut.  Mesyuarat telah dimulakan pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Persatuan, Sungai Buloh Sungai Siput.





Pada 05hb. Julai, 2009, setiausaha telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perhutanan Sungai Siput untuk Konvoi Jalur Gemilang. Gotong-royong membersihkan kawasan telah diadakan pada 07hb. Ogos, 2009.  Presiden telah memberikan tugasan masing-masing untuk AJK.  Sila lihat gambarajah dibawah:-




PELAN PERJALANAN KONVOI JALUR GEMILANG.