Persatuan Orang Kurang Upaya telah mengadakan Konvoi Kali Ke-4 iaitu Konvoi Jalur Gemilang sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 dengan tema "JANJI DITEPATI" pada 26hb. Ogos, 2012 di Kompleks Perhutanan Sungai Siput (U), Perak. Seramai 170 orang yang menghadiri acara Konvoi termasuk 53 orang ahli POKUSK, Dif Terhormat 2 orang, Anggota Traffik 2 orang, Pegawai RELA 2 orang, Jabatan Penerangan 2 orang, Sukarelawan membaiki motorsikal 2 orang, Jabatan Pertahanan Awam 8 orang, NGO 10 orang dan selebihnya adalah keluarga POKUSK.
Alhamdulilah konvoi ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Jutaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ini adalah Pelan perjalanan konvoi yang bermula dari Kompleks Perhutanan Sungai Siput (U) - Kampung Lintang - Lasah - Perlop 3 - Perlop 2 dan berpatah balik ke Felda lasah - Temin - Jalan Besar Sungai Siput - Taman Muhibbah - Taman Lintang dan kembali ke Kompleks Perhutanan Sungai Siput (U), Perak.





