img { max-width: 500%; height: auto; }

PROGRAM SUHAKAM BERSAMA MASYARAKAT KUALA KANGSAR, PERAK

Pada 24hb. Julai, 2018 Seramai 5 orang AJK telah hadir ke Seminar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bertempat di Dewan MCKK Kuala Kangsar.  Dalam seminar ini, ucapan dari pengerusinya Tan Sri Razali Ismail Mantan Pengerusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) banyak membangkitkan mengenai hak asasi manusia iaitu memperjuangkan hak-hak semua rakyat di Malaysia.  SUHAKAM ini adalah satu badan dalam agensi kerajaan.  Apa yang tidak mencapai kepuasan rakyat, mereka boleh sampaikan kepada kerajaan. Mereka perlu memastikan sistem pendidikan diutamakan tiada anak-anak yang terpinggir serta memastikan perlindungan kanak-kanak, kaum wanita terbela dan Orang kurang upaya agar mendapat pekerjaan dan lain-lain manafaat. SUHAKAM ini banyak menyampaikan mengenai tuntutan pelbagai aspek hak-hak kita yang diabaikan oleh kerajaan.   Antara yang hadir ialah En. Azmi Ngah Idris, En. Aris Shah, En. Mohamed Zulkapli, En. Mohd Zabidi dan Shukri  Ahmad.