Pada 29hb. Ogos, 2018
Persatuan POKUSK amat bebesar hati di atas kehadiran YB LOH SZE YEE bersama
pembantunya mengadakan lawatan ke Pejabat POKUSK di Sungai Siput.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk bersuai-kenal dengan 17 orang Ahli Jawatankuasa
POKUSK. Disamping itu, YB juga sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh
orang-orang OKU seperti kemudahan parking OKU yang sering disalahguna oleh
orang Awam, kesukaran OKU yang bekerusi roda untuk membuat urusan di Pejabat
POS Sungai Siput dan Bank. POKUSK mencadangkan agar Kemudahan Mesra OKU
disediakan untuk memudahkan golongan OKU berurusan dengan mudah.
Disamping itu,
ahli-ahli jawatankuasa juga mengajukan beberapa perkara mengenai Pejabat POKUSK
yang dalam keadaan yang tidak selamat untuk menyimpan barang-barang kerana pada
tahun Julai 2014 pejabat ini pernah dicerobohi dan banyak barangan telah
dicuri. Banjir juga sering berlaku sekiranya hujan lebat dan membanjiri
pejabat POKUSK kerana sistem perparitan.
Persatuan
POKUSK mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB LOH ke pejabat POKUSK.




