img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI KONVOI BERMOTOR SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018

Pada 16hb. September, 2018, Persatuan POKUSK mengadakan Konvoi Sempena Sambutan Hari Malaysia berlokasi di Perkarangan Pejabat YB Kesavan di Sungai Siput (U), Perak.  Turut serta beberapa anggota polis (motorsikal dan Lead Car) dan 10 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang diketuai oleh Kapten A. Balasubramaniam.  Beliau menasihati agar semua ahli-ahli OKU yang bermotor atau kereta haruslah mengikuti arahan dari pihak JPAM dan Polis agar perjalanan konvoi berjalan dengan lancar.

Konvoi bermula dari Pejabat YAB Parlimen Sg. Siput --> Taman Lintang --> Muhibbah Jaya --> Jalan Besar --> U-Turn di Station Bas Hospital Sg. Siput --> Pejabat YAB.

Setinggi-tinggi perhargaan Persatuan POKUSK ucapkan kepada Anggota Polis dan Anggota JPAM yang telah memberikan kerjasama dari mula hinggalah berakhirnya konvoi.

POKUSK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018.