img { max-width: 500%; height: auto; }

SEMINAR SANTAI KELUARGA

Pada 14 November, 2018, seramai 4 orang wakil ahli jawatankuasa POKUSK iaitu En. Mohamed Zulkapli bin Yeop Mohamed, En. Mohamed Azizuddin bin Mohamed Yusof, En. Jayaraman A/L R. Manickam dan En. Shukri bin Ahmad hadir ke seminar “SANTAI MINDA KELUARGA” sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan dan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2018 dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia (LPPKN) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dua (2) sesi seminar pada sebelah pagi “SEMINAR KELUARGAKU SAYANG” mengenai Keibubapaan Di Alam Siber pada jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang.   Pada sebelah petang “SEMINAR PERKHIDMATAN KAUNSELING PROFESIONAL PEMANGKIN KESEJAHTERAAN” mengenai santai minda keluarga pada jam 2:00 petang hingga 4:30 petang bertempat di Dewan Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak (USAS).

Objektif seminar ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang panduan kawalan penggunaan gajet secara positif bagi membantu masyarakat mengetahui elemen keselamatan di alam siber.