img { max-width: 500%; height: auto; }

KONVOI HARI MALAYSIA TAHUN 2019 - POKUSK

Alhamdulilah, pada 16hb. September, 2019 Persatuan POKUSK berjaya melaksanakan aktiviti Konvoi Hari Malaysia Tahun 2019 ini dengan kehadiran dalam anggaran seramai 150 termasuk 17 orang peserta dari Persatuan OKU Ipoh, ahli keluarga POKUSK, Dif-Dif Jemputan iaitu YB Kesavan (Ahli Parlimen Sg. Siput), Puan Monaliza binti Mokhtar (Exco Ketua Wanita PKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Kangsar, PDRM Sg. Siput PDRM Kuala Kangsar dan ANGGOTA RELA.

Persatuan POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Kesavan A/L Subramaniam (Ahli PArlimen Sungai Siput) atas sumbangan RM3,000 kepada Persatuan POKUSK dan seterusnya merasmikan pelepasan konvoi Hari Malaysia. 

POKUSK juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Murad (Wakil dari Dato’ Iskandar Dzulkarnain (Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar), En. Azhari bin Hasan dari Pusat Khidmat Penyelaras DUN Lubok Merbau, Pengurus Lintang Lumber, Pengurus Roti Segar Kuala Kangsar yang memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti konvoi pada tahun ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Aktiviti konvoi Hari Malaysia.


PEPLAN KONVOI