img { max-width: 500%; height: auto; }

PROGRAM CERIA KE SEKOLAH SUMBANGAN YKN, MALAYSIA

Pada 29hb. Disember, 2019 (Jam 3:00 petang) Persatuan mengadakan Penyerahan Barangan ‘Program Ceria Ke Sekolah’ kepada 57 orang penerima yang terdiri dari 49 orang anak-anak ahli OKU dan 8 orang anak-anak Asnaf yang telah diluluskan dan disumbangkan oleh YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA, MALAYSIA.

Turut hadir Tuan Hj. Abdul Samat (Pengarah YKN Zon 1 Utara, Ipoh) bersama seorang pengawainya dan Puan Monaliza binti Mokhtar telah berusaha bersama untuk menjayakan program ini.

Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Sg. Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak.