img { max-width: 500%; height: auto; }

SUMBANGAN BARANGAN BANTUAN COVID DARI POKUSK

Semua Ahli Jawatankuasa POKUSK bersetuju dengan sebulat suara untuk memberikan sumbangan Barangan Keperluan Dapur bernilai RM50.00 dan Wang Tunai RM50.00 (bantuan perubatan) untuk 100 orang ahli-ahli persatuan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19. 

Majlis penyerahan telah diadakan pada 18hb. Julai, 2021 bertempat di Rumah Persatuan POKUSK.  Alhamdulilah perlaksanaanya mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM dan telah mendapat kelulusan dari PKOB dan kebenaran dari PDRM.   Semoga dengan sumbangan barangan dan sedikit wang ini sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit bebanan ahli-ahli.