Pada 21 Ogos, 2021 Persatuan telah menerima sumbangan Bakul Makanan dari KIWANIS (NGO IPOH) yang dibantu urus oleh Ms. Jenny Pong (Ipoh) untuk 100 orang ahli OKU POKUSK Sungai Siput dan Kuala Kangsar. Penyerahan barangan telah diadakan di Pejabat POKUSK mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM dan telah mendapat kelulusan dari PKOB dan kebenaran dari PDRM. Semua ahli persatuan POKUSK mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.





