Seramai 100 orang ahli OKU POKUSK dari Sg. Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Ipoh telah menghadiri Majlis Pemberian ANGPOW di kediaman beliau berlokasi di Jalan Raja Musa, Gunong Cheroh, Ipoh pada 06hb. Februari, 2022 sempena menyambut Hari Lahir Ms. Jenny dan Sempena Tahun Baharu Cina 2022. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran penyumbang dari Rotary Club dan juga penyumbang Individu.
Persatuan POKUSK dan OKU Ipoh amat berterima kasih atas pemberian ANGPOW kepada warga OKU dan mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR 2022.




