img { max-width: 500%; height: auto; }

BENGKEL PEMANTAPAN PERTUBUHAN SUKARELA (PSK) NEGERI PERAK TAHUN 2022

Pada 19hb. Disember, 2022 Setiausaha POKUSK dan kerani hadir ke Bengkel Pemantapan Pertubuhan Sukarela (PSK) Negeri Perak Tahun 2022 Anjuran Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak (MPMNP) di Dewan Persekutuan Seruan Islam Perak.

Seramai 200 peserta yang terdiri dari Pegawai dan Kakitangan JKM Negeri Perak serta Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) hadir.

Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat, Puan Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak.