Pada 08hb. Januari,
2023 (Ahad) seramai 78 orang ahli-ahli Persatuan POKUSK menerima sumbangan
barangan sempena menyambut Tahun Baharu Cina pada 22hb. Januari, 2023 . Persatuan amat berterima kasih kepada
Penyumbang yang diwakilkan kepada Mrs. Iris Cheong dan Mrs. Jenny Pong untuk
diagihkan kepada warga OKU, Warga Emas, Golongan Miskin dan Ibu Tunggal.
Persatuan POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih kepada keperihatinan semua pihak yang sentiasa membantu meringankan bebanan golongan seperti OKU, Warga Emas, Miskin dan Ibu Tunggal.
Persatuan POKUSK mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2023 kepada pihak penyumbang.





