Dilaporkan bahawa pada 08hb. Ogos, 2025 lebih kurang jam 9:02 pagi, telah berlaku kebakaran di sebuah bengkel kereta seorang Ahli Jawatankuasa POKUSK iaitu En. Nor Hasni di Pekan Sungai Siput bersebelahan dengan Masjid India Sungai Siput. Kejadian mengakibatkan 85% kerosakan teruk pada struktur bengkel dan peralatannya. Alhamdulilah tiada sebarangan kecederaan dilaporkan. Persatuan amat bersimpati atas kejadian kebakaran yang menimpa bengkel ahli tersebut. Semoga tabah menghadapi ujian ini dan kami mendoakan semoga segala urusan pemulihan dipermudahkan.





