Pada 30 September 2025, satu detik bersejarah telah tercipta apabila Pejabat Baharu Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) & Kuala Kangsar, Perak (POKUSK) dirasmikan dengan penuh meriah dan penuh makna.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran En. Suresh,
wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen Sungai Siput, pegawai-pegawai daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Daerah Ipoh dan Kuala Kangsar, wakil Majlis
Perbandaran Kuala Kangsar, Cikgu Yunus wakil daripada Pejabat DUN LINTANG Puan
Yee Lai Kuan (JPKK Kampung Baru Lintang), En. Chung Ming Kong (Kampung Lintang),
barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Shi Zi Shan, Wartawan, para tetamu-tetamu kehormat dan ahli-ahli Persatuan yang
turut hadir memeriahkan majlis.
Kehadiran dan sumbangan daripada semua pihak bukan sahaja
menyerikan acara, malah melambangkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan
sokongan berterusan terhadap usaha POKUSK dalam memperkasakan kebajikan serta
kesejahteraan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Semoga pejabat baharu ini menjadi pusat khidmat yang
memberi manfaat dan harapan kepada masyarakat untuk tahun-tahun yang mendatang.












