img { max-width: 500%; height: auto; }

PROGRAM SANTUNI OKU SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 2025 BERSAMA YAYASAN PETRONAS

Sempena sambutan Hari Deepavali 2025, seramai 28 orang ahli Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak (POKUSK) telah disantuni menerusi satu program kebajikan yang penuh bermakna pada 14 Oktober, 2025.

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran KRU Yayasan PETRONAS dan  bersama Pengarah JKMNP iaitu Puan Nor Tipah binti Majin dan beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak, Ipoh dan Kuala Kangsar.   Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan dalam menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan bersama komuniti OKU.

POKUSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan PETRONAS dan JKM Negeri Perak atas sokongan serta keprihatinan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus membawa sinar harapan dan kegembiraan kepada lebih ramai insan yang memerlukan.

“Cahaya Deepavali bukan sekadar menerangi rumah, tetapi turut menyinari hati dengan kasih sayang dan keprihatinan.”