Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) & Kuala Kangsar, Perak (POKUSK) dengan penuh rasa syukur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Loh Sze Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong, atas sumbangan dana yang telah disampaikan kepada persatuan pada 8 Oktober 2025.
Sumbangan
ini merupakan satu tanda keprihatinan dan sokongan yang amat bermakna dalam
membantu POKUSK meneruskan pelbagai program kebajikan, pembangunan komuniti
serta usaha memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sungai Siput dan
Kuala Kangsar.
Semoga
jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi manfaat
masyarakat, khususnya komuniti OKU. POKUSK mengucapkan jutaan terima kasih atas
kepercayaan dan sokongan yang diberikan.





