Syukur
ke hadrat ilahi, Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput dan Kuala Kangsar
telah memperjuangkan semangat jati diri OKU selama 10 tahun. Kini semangat OKU tidak terbiar begitu
sahaja, malah ada segelintir pelbagai pihak kerajaan memberikan komitmen untuk
OKU terus aktif di masa akan datang terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat
yang sentiasa peka kepada Persatuan ini.
Presiden tahun 2012-2014, En. Tang Ah Lik mengucapkan syabas kepada
semua ahli jawatankuasa, ahli-ahli dan
keluarga yang turut sama menjayakan Kembara Jalur Gemilang ini.
Pada
hari ini juga, Persatuan POKUSK menyambut sambutan ULANGTAHUN YANG KE-10 sejak
pernubuhanya yang bermula dari tahun 2003 hingga sekarang. Setakat tahun 2012, jumlah ahli-ahli yang
mendaftar adalah seramai 161 orang. Dan
peningkatan terus berlaku dimana pada tahun ini jumlah telah bertambah seramai
177 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Berikut
adalah carta bagi tahun 2013.
Sempena bulan kemerdekaan, dengan Tema ‘Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’ memberi impak yang kuat untuk Persatuan ini mengadakan aktiviti Kembara Jalur Gemilang Ke-56 yang diadakan pada 07hb. September, 2013 dimana lokasi berkumpul/pelepasan di Restoran Kak Yong Corner, Persiaran Komersial 1, Sungai Siput (U), Perak berdekatan dengan TF Value Mart.