Pada
24hb. November, 2013, Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala
Kangsar Perak telah mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka bertempat di
Gelanggang Bola Keranjang, Sungai Buloh, Sg. Siput, Perak.
Anggaran
seramai 153 orang yang hadir memeriahkan Hari Keluarga dan Sukaneka dimana 60
orang adalah terdiri daripada ahli-ahli POKUSK. Persatuan berasa sungguh gembira atas
kehadiran YB
DATO’ HJ MOHD. DZULKIFLY BIN HJ. HARUN dan
telah merasmikan Hari Keluarga dan Sukaneka pada tahun ini.
Antara
acara-acara yang telah diatur oleh Ahli Jawatankuasa POKUSK adalah seperti
berikut:-
Cari Duit Dalam Tepung
Tiup Belon Hingga Pecah
Muzik Keliling Kerusi
Bawa Bola Guna Sudu
Isi Air Dalam Botol
Lumba Menggunakan Kerusi Roda/Tongkat/Kaki Palsu/Kaki Normal
Kutip Guli Guna Chopstick (Perempuan)
Baling Bola Dalam Bulatan
Serimban Untuk Wanita
Baling Bola Keranjang (Terbuka untuk semua OKU) – Perempuan/Lelaki
Kutip Guli Guna Chopstick
Muzik Keliling Kerusi
Serimban
Bawa Bola Guna Sudu
POKUSK
juga telah memberikan wang sebanyak RM50.00 kepada adik Eyvone Cheah Ye Wen
iaitu anak kepada seorang ahli POKUSK En. Cheah Kok Wa yang
telah mendapat Keputusan Cemerlang UPSR (7A) bagi tahun 2013.
Presiden
POKUSK En. Tang Ah Lik mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang ahli
jawatankuasa iaitu En. Kannan A/L Krishnan yang telah mendapat 3 orang
Penyumbang berbentuk barangan keperluan untuk aktiviti Hari Keluarga dan
Sukaneka. Antara nama-nama Penyumbang
tersebut ialah En. Tanggavelu, En. Taniga dan En. Thaigarajan.
Persatuan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ismail bin Aziz & Pn. Sabariah (Isteri) yang
telah banyak membantu untuk menguruskan acara-acara untuk OKU dan ahli
keluarga.
Terima
kasih juga kepada empat (4) pembantu sukarelawan iaitu Puan Arbayah, Puan
Jamilah, Puan Sabariah dan Cik Intan yang telah sedaya-upaya membantu menjayakan aktiviti ini.
AKHIR KATA POKUSK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN AKTIVITI HARI KELUARGA DAN SUKANEKA TAHUN 2013.