En.
Musa bin Ahmad adalah seorang Orang Kurang Upaya (O.K.U) yang kini bergiat
aktif dalam bidang penternakan Ayam Kampung dan juga aktif dalam Persatuan
Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar yang memegang jawatan
sebagai Ahli Jawatankuasa. Beliau juga
adalah seorang peniaga runcit kecil-kecilan yang berlokasi di Kampung Talang Tengah, Pulau Mentimun.
Bermula
24hb. September, 2013 beliau telah mulai aktif dalam penternakan ayam kampung. Sebanyak 200 ekor anak ayam telah diberikan
oleh Jabatan Haiwan Kuala Kangsar.
Pemantuan akan dilakukan oleh pihak Jabatan Haiwan setiap 3 minggu
sekali.
Segala kos keperluan material untuk membina reban ayam ini kesemuanya ditanggung oleh Jabatan Haiwan Kuala Kangsar, Perak.
Alhamdulilah
pada bulan Disember 2013 beliau telah menjual ayam kampung secara individu ke
Pekan Sungai Siput (U), Perak.
Kini
beliau sedang menunggu anak-anak ayam yang baru dari Jabatan Haiwan Kuala
Kangsar.