img { max-width: 500%; height: auto; }

AKTIVITI HARI KELUARGA DAN SUKANEKA MERANGKAP HARI O.K.U SEDUNIA


Pada 22hb. November, 2014, POKUSK telah mengadakan Aktiviti Hari Keluarga dan Sukaneka Merangkap Hari OKU Sedunia.  Pada tahun ini, Ahli Jawatankuasa telah memilih lokasi di Persisiran Jeti Sayong, Kuala Kangsar, Perak.  

Aktivti bermula pada jam 8:30 pagi sehingga jam 2:00 petang.  Seramai 143 orang ahli dan keluarga bersama-sama menjayakan aktiviti ini.

Persatuan juga berasa amat gembira dengan kehadiran YB Dato' Wan Khairil Anuar Bin Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar) bersama Datin Mastura serta kehadiran YB MASLIN SHAM BIN RAZMAN (ADUN BUKIT CHANDAN) bersama isteri dan anak-anak hadir menceriakan suasana sukaneka pada kali ini.


Dengan semangat kerjasama ahli-ahli berpasukan dan keluarga, persatuan dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.  

Antara acara-acara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-


ACARA KANAK-KANAK
~ Cari Duit Dalam Tepung                              ~ Tiup Belon Hingga Pecah
~ Bawa Bola Guna Sudu                                  ~ Isi Air Dalam Botol                      ~


ACARA UNTUK AHLI OKU
~ Lumba Menggunakan Kerusi Roda/Tongkat/Kaki Palsu/Kaki Normal
~ Kutip Guli Guna Chopstick
~ Baling Bola Dalam Bulatan
~ Serimban Untuk Wanita







ACARA UNTUK AHLI KELUARGA DEWASA (WANITA)
~ Kutip Guli Guna Chopstick               ~ Muzik Keliling Kerusi
~ Serimban                                          ~ Bawa Bola Guna Sudu






Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan dari YB Dato' Wan Khairil Anuar Bin Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar),  YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj (Parlimen Sungai Siput), Kedai Samsung, Taman Orchid Sungai Siput. 

Hadiah Cabutan Kanak-Kanak berbentuk hamper telah disumbangkan oleh :-

1.      Puan Jamilah binti Othman dan suami
2.      En. Jayaraman A/L Vedynaikan dan Isteri
3.      En. Harun bin Mat Yassin dan Isteri
4.      Puan Norziah binti Harun dan suami
5.      Puan Nor Aisyah binti Harun dan suami
6.      Cik Nur Amalina binti Harun
7.      En. Mohamed Shah bin Harun dan isteri
8.      Pertubuhan Ibu Tunggal Sakinah Kawasan Sungai Siput (U), Perak
9.      Ustazah Zawiah binti Mohd. Isa

Akhir kata, Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha-usaha semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.  Semoga nilai-nilai murni dan perpaduan ini terus berkekalan dan sentiasa MAJU KE HADAPAN.