Pada
11hb. Disember, 2014 (Khamis),beberapa orang ahli OKU Sungai Siput dan Kuala
Kangsar telah menghadiri sessi temuduga yang dianjurkan oleh Persatuan
Kebajikan PSP Selangor (Encik Tan Kok Hoong) dan Total Medical Supplies (Encik
Allen Ho) berlokasi di Pusat Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput dan
Kuala Kangsar yang bertujuan untuk
mendapatkan sebuah kerusi roda kepada ahli-ahli yang memohon terutama kepada
ahli OKU yang amat memerlukan peralatan Kerusi Roda. Sesiapa yang terpilih akan
dihubungi dan diminta menghadiri pengagihan kerusi roda tersebut pada 7hb. Mac,
2015 di Selangor.