img { max-width: 500%; height: auto; }

SUMBANGAN BARANGAN ZAKAT DARI ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Islamic Relief Malaysia telah berbesar hati menyumbangkan zakat untuk 10 orang ahli-ahli POKUSK yang beragama Islam pada 15hb. Mei, 2018 berlokasi di Pejabat POKUSK, Sungai Siput.   Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ahli POKUSK iaitu Mohd. Zahidin Bin Abdul Raof dan seterusnya ucapan dari En. Mohamed Azizuddin bin Mohamed Yusof .

Sumbangan barangan telah disampaikan oleh Wakil IRM iaitu Cik Azuwa binti Mohd. Kassim dan Cik Amira binti Ramli.   Beberapa orang AJK turut hadir dalam majlis tersebut.  

Persatuan POKUSK mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Islamic Relief Malaysia kepada ahli-ahli POKUSK.  Semoga dengan pemberian sumbangan Zakat ini dapat meringankan beban keperluan sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2018.

Berikut adalah senarai 10 orang penerima sumbangan Zakat iaitu:-

1.    Puan Sharifah Jaharah Binti Syed Ali
2.    Encik Halim Bin Abd Manan
3.    Encik Mohd. Zahidin Bin Abdul Raof
4.    Encik Mohd. Nasri Bin Mohd Hanifah
5.    Encik Abdul Rahim Bin Abdul Kadir
6.    Encik Abu Bakar Bin Abdul Hamid
7.    Encik Mohamad Sabri Bin Mat Aat
8.    Encik Hapni Bin Mohd Shahid
9.    Encik Ramli Bin Awang
10.  Encik Mohammad Khusairi Bin Mat Johor