img { max-width: 500%; height: auto; }

JALINAN MESRA YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA OKU

Pada 28 Ogos 2022, Persatuan POKUSK mendapat jemputan untuk hadir ke JALINAN MESRA YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA OKU iaitu PROGRAM MESRA OKU DAN PELANCARAN MAJLIS TINDAKAN OKU NEGERI PERAK (MTOP) yang diadakan di Arena Square Batu Gajah. 

Dalam Ucapan Menteri Besar Perak memaklumkan Majlis Tindakan OKU Negeri Perak (MTOP) ini adalah bertujuan semua Badan Ngo OKU dan Persatuan OKU di Perak ini duduk dibawah bumbung untuk mempertahankan hak-hak OKU dari segi Kebajikan, Pekerjaan, Pertanian, Sosial, Kesihatan dan lain-lain. Persatuan boleh menghantar aduan, permohonan dan lain-lain perkara ke MTOP untuk diambil perhatian dan tindakan.  Dalam aturcara ini Menteri Besar Perak telah menyampaikan Sijil kepada Jawatankuasa MTOP yang telah di lantik.   Antara yang hadir ialah Setiausaha, Bendahari dan 4 orang AJK yang lain.