Pada 31hb. Ogos, 2022 Persatuan POKUSK telah mengadakan PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) untuk diagihkan kepada 100 orang ahli OKU di Perkarangan Pejabat Persatuan POKUSK. Turut hadir YB Kesavan A/L Subramanian Ahli Parlimen Sungai Siput bersama 2 orang kakitangan mengagihkan Bakul Makanan kepada OKU. Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Kesavan atas pemberian sumbangan untuk dana aktiviti persatuan.
PErsatuan POKUSK mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Program ini.





